Metro Prima, Kepong · Sesi bersemuka dan dalam talian
Sokongan psikologi untuk anda dan keluarga
Jika anda sedang melalui masa yang sukar, risau tentang anak atau ingin memperbaiki hubungan dengan pasangan, anda boleh berbincang dengan ahli psikologi kami.
Mohon janji temuSemak yuran sesi
Bagaimana kami boleh membantu?
Terapi individu
Bincangkan perkara yang mengganggu fikiran atau emosi anda, termasuk tekanan, kehilangan atau cabaran dalam kehidupan seharian. Anda juga boleh mendapatkan kaunseling kerjaya.
Kenali perkhidmatan terapiTerapi pasangan dan perkahwinan
Anda dan pasangan boleh membincangkan konflik, cara berkomunikasi dan perkara yang ingin diubah dalam hubungan dengan bimbingan ahli terapi.
Lihat yuran sesi pasanganPenilaian psikologi
Bagi kanak-kanak dan orang dewasa, penilaian boleh membantu menjelaskan kebimbangan tentang tumpuan, pembelajaran, perkembangan atau emosi. Antara bidang yang dinilai ialah ADHD, autisme, kebolehan intelek, keresahan dan kemurungan.
Kenali penilaian psikologiApa yang berlaku selepas anda memohon?
- Isi borang janji temu. Beritahu kami secara ringkas mengapa anda ingin mendapatkan bantuan. Jika anda lebih selesa berbual dalam Bahasa Melayu, pilih bahasa itu pada borang.
- Semak pilihan sesi melalui WhatsApp. Pasukan kami akan menghubungi anda untuk mengatur masa dan mengesahkan ketersediaan ahli psikologi yang sesuai dengan bahasa pilihan anda.
- Bersedia untuk sesi pertama. Anda boleh menyemak yuran dan melihat gambar pusat kami sebelum datang.
Kenali ahli psikologi kami
Ahli psikologi klinikal kami menggunakan pendekatan berasaskan penyelidikan. Jika anda lebih selesa menjalani sesi dalam Bahasa Melayu, lihat profil ahli psikologi kami. Dalam direktori, pilihan “Malay” di bawah “Language” menunjukkan ahli psikologi yang berbahasa Melayu.
Lihat ahli psikologi yang berbahasa Melayu
Jika anda masih ingin tahu lebih lanjut
- Soalan lazim tentang terapi bersemuka
- Penerokaan diri dengan Kad OH · Penerokaan kerjaya dengan Life Design Card
- Saringan kesihatan mental percuma (English) — dapatkan gambaran awal tentang keadaan anda. Keputusan saringan bukan diagnosis.
- Artikel (English) · Artikel (中文)
- Direktori sokongan di Malaysia (English)
Pusat kami terletak berhampiran Stesen MRT Metro Prima. Lihat panduan bergambar dari Pintu B.
