Dasar Privasi MY Psychology

Tarikh kemas kini dasar asal: 22 Julai 2026

Pengenalan

Apabila anda mendapatkan sokongan psikologi, anda mungkin berkongsi maklumat yang peribadi dan sensitif. Kami di MY Psychology komited untuk mengendalikan maklumat itu dengan cermat, penuh hormat dan secara sulit.

Dasar ini menerangkan cara kami mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi maklumat peribadi yang diperoleh melalui laman web, borang janji temu, WhatsApp, e-mel, platform media sosial, perkhidmatan psikologi, penilaian dan komunikasi yang berkaitan.

Dengan memberikan maklumat anda kepada MY Psychology, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami dasar ini.

Maklumat yang mungkin kami kumpulkan

Bergantung pada urusan anda dengan kami, maklumat yang mungkin dikumpulkan termasuk yang berikut.

Maklumat peribadi

  • Nama penuh
  • Tarikh lahir
  • Umur
  • Jantina
  • Nombor telefon atau WhatsApp
  • Alamat e-mel
  • Alamat kediaman
  • Butiran orang yang boleh dihubungi semasa kecemasan

Maklumat janji temu

  • Bahasa pilihan
  • Keutamaan anda dalam pemilihan ahli terapi
  • Tarikh dan masa janji temu pilihan
  • Pilihan sesi dalam talian atau bersemuka
  • Maklumat yang diperlukan untuk mengatur janji temu dan menyediakan perkhidmatan

Maklumat berkaitan perkhidmatan psikologi

  • Sebab anda mendapatkan sokongan
  • Maklumat yang anda kongsi secara sukarela melalui pertanyaan, borang pendaftaran awal, penilaian, konsultasi atau sesi terapi
  • Keputusan penilaian, laporan, cadangan dan rekod berkaitan

Maklumat pentadbiran

  • Rekod pembayaran
  • Invois dan resit
  • Rekod janji temu

Dalam keadaan tertentu, kami mungkin meminta dokumen pengenalan tambahan jika diperlukan untuk mengesahkan identiti, menyediakan laporan atau dokumen rasmi, atau memenuhi keperluan undang-undang.

Kami hanya mengumpul maklumat yang secara munasabah diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan psikologi dan kesihatan mental serta mengendalikan pusat kami.

Maklumat sensitif

Sebahagian daripada maklumat yang anda kongsi dengan kami sebagai penyedia perkhidmatan psikologi mungkin amat sensitif.

Maklumat ini boleh meliputi kesihatan mental, kesejahteraan emosi, pengalaman peribadi, keadaan keluarga, penilaian psikologi atau perkara lain yang berkaitan dengan penjagaan anda.

Kami hanya mengumpul dan menggunakan maklumat sedemikian apabila secara munasabah diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan, menyokong kesejahteraan klien, menunaikan tanggungjawab profesional atau memenuhi keperluan undang-undang yang berkenaan.

Demi privasi dan keselamatan anda, elakkan berkongsi maklumat sensitif secara berlebihan melalui saluran komunikasi yang tidak dilindungi kecuali jika perlu.

Kanak-kanak dan remaja

MY Psychology menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak dan remaja.

Bagi individu yang berumur di bawah 18 tahun, maklumat mungkin diperoleh daripada ibu bapa, penjaga yang sah, pihak sekolah, penyedia perkhidmatan kesihatan atau pihak lain yang dibenarkan, mengikut kesesuaian.

Ibu bapa atau penjaga yang sah bertanggungjawab memberikan persetujuan apabila diperlukan.

Cara kami menggunakan maklumat anda

Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk tujuan berikut.

  • Menjawab pertanyaan
  • Mengatur dan mengurus janji temu
  • Menyediakan konsultasi psikologi, penilaian dan perkhidmatan berkaitan
  • Menyediakan laporan dan cadangan
  • Menyelenggara rekod profesional
  • Memproses bayaran serta mengeluarkan invois atau resit
  • Menyampaikan maklumat penting berkaitan perkhidmatan
  • Menambah baik perkhidmatan dan pengalaman klien
  • Memenuhi tanggungjawab undang-undang, etika dan profesional
  • Melindungi keselamatan dan kesejahteraan klien serta orang lain apabila perlu

Kerahsiaan profesional

Kerahsiaan merupakan asas dalam amalan psikologi.

Maklumat yang anda kongsi semasa konsultasi, penilaian, sesi terapi dan perkhidmatan berkaitan dikendalikan secara sulit mengikut piawaian etika profesional dan undang-undang yang berkenaan.

Dalam keadaan tertentu, maklumat sulit mungkin perlu didedahkan. Antaranya termasuk keadaan berikut.

  • Pendedahan diwajibkan oleh undang-undang
  • Pendedahan diperintahkan oleh mahkamah
  • Terdapat risiko serius yang boleh membahayakan anda atau orang lain
  • Tindakan perlu diambil berkaitan penderaan, pengabaian atau kebimbangan tentang keselamatan dan perlindungan seseorang
  • Anda telah memberikan persetujuan untuk maklumat tersebut didedahkan

Jika keadaan mengizinkan dan sesuai, kami akan membincangkan perkara ini dengan anda.

Rekod komunikasi

Bagi menyampaikan perkhidmatan dengan berkesan, kami mungkin menyimpan rekod komunikasi melalui laman web, borang dalam talian, WhatsApp, e-mel, aplikasi pemesejan media sosial, sistem janji temu dan saluran komunikasi lain.

Rekod ini boleh digunakan bagi tujuan penyampaian perkhidmatan, pentadbiran, jaminan kualiti, perlindungan individu, penyeliaan profesional, penyelesaian pertikaian dan pematuhan undang-undang.

Penggunaan kecerdasan buatan dan sistem automatik

MY Psychology mungkin menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi automatik untuk membantu urusan pentadbiran tertentu dan penyampaian maklumat.

Teknologi ini boleh membantu dengan perkara berikut.

  • Pertanyaan tentang janji temu
  • Bantuan menyusun jadual
  • Maklumat perkhidmatan
  • Soalan lazim
  • Menyalurkan pertanyaan awal kepada pihak yang sesuai

Sistem berbantukan AI bertujuan mempercepat respons dan memudahkan akses kepada maklumat. Sistem ini tidak boleh menggantikan penjagaan psikologi profesional, diagnosis, rawatan, penilaian, intervensi krisis atau perkhidmatan kecemasan.

Jika pertanyaan melibatkan kebimbangan tentang kesihatan mental, tekanan emosi, risiko keselamatan atau situasi yang memerlukan pertimbangan profesional, kami mungkin merujuknya kepada kakitangan yang sesuai atau ahli psikologi bertauliah untuk semakan dan maklum balas lanjut.

Maklumat penggunaan laman web

Apabila anda melawat laman web kami, teknologi seperti kuki, alat analitik, sistem keselamatan atau perkhidmatan pengehosan mungkin mengumpul maklumat tertentu secara automatik.

Maklumat ini membantu kami memastikan laman web berfungsi dengan baik, selamat, cekap dan mudah digunakan.

Anda boleh mengubah tetapan pelayar untuk mengurus kuki.

Cara kami melindungi maklumat anda

MY Psychology mengambil langkah pentadbiran, organisasi dan teknikal yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi daripada akses tanpa kebenaran, penyalahgunaan, kehilangan, pengubahan atau pendedahan.

Kami berusaha melindungi maklumat yang diamanahkan kepada kami. Walau bagaimanapun, keselamatan sepenuhnya tidak dapat dijamin bagi komunikasi elektronik atau penghantaran maklumat melalui internet.

Perkongsian maklumat

MY Psychology mengendalikan maklumat peribadi secara sulit.

Kami tidak menjual, menyewakan, memperdagangkan atau mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga bagi tujuan komersial.

Maklumat hanya boleh dikongsi apabila secara munasabah diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan, mematuhi kewajipan undang-undang, menyokong operasi pusat atau melindungi keselamatan dan kesejahteraan seseorang.

Jika kami menggunakan khidmat penyedia luar untuk menyokong operasi kami, kami mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan langkah perlindungan privasi, kerahsiaan dan keselamatan yang sesuai dikekalkan.

Tempoh penyimpanan maklumat

Kami menyimpan maklumat hanya selama tempoh yang secara munasabah diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan dan memenuhi kewajipan undang-undang, etika, profesional dan pentadbiran yang berkenaan.

Apabila maklumat tidak lagi diperlukan, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memadamkannya dengan selamat, menjadikannya tanpa nama atau melupuskannya.

Hak anda

Tertakluk pada undang-undang yang berkenaan, anda boleh mengajukan permintaan berikut.

  • Mendapatkan akses kepada maklumat peribadi anda
  • Membetulkan maklumat yang tidak tepat
  • Menarik balik persetujuan, jika berkenaan
  • Meminta maklumat tentang cara maklumat anda digunakan
  • Meminta maklumat anda dipadamkan apabila dibenarkan dari segi undang-undang dan kewajipan profesional

Kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum memproses permintaan tersebut.

Situasi kecemasan

MY Psychology tidak menyediakan perkhidmatan kecemasan psikiatri, kecemasan perubatan atau intervensi krisis melalui laman web, WhatsApp, e-mel, platform media sosial atau sistem berbantukan AI.

Dalam keadaan kecemasan, jika anda memerlukan bantuan segera atau bimbang tentang keselamatan diri sendiri atau orang lain, hubungi perkhidmatan kecemasan di talian 999 atau pergi ke jabatan kecemasan hospital yang terdekat.

Perubahan pada dasar ini

Dasar ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa.

Sebarang perubahan akan ditunjukkan melalui tarikh kemas kini yang tertera pada halaman ini.

Hubungi kami

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang dasar ini atau cara maklumat anda dikendalikan, sila hubungi kami.

Organisasi: MY Psychology Sdn. Bhd.

E-mel: admin@mypsychology.my

Alamat: 7-M, Jalan Prima 9, Batu 7 Jalan Kepong, Pusat Niaga Metro Prima, 52100 Kuala Lumpur, Malaysia